Monday, December 07, 2009

kari dalam doh berlipat...

karipap, (aku percaya) makanan paling sedap di dunia, di Johor ianya di panggil Epok-epok jangan terperdaya dengan curry puff, yang tu kategori pastry barat yang doh nya agak berbeza, aku bercerita tentang karipap kampung yang aku makan waktu kecik, arwah mak aku suka bikin karipap sebab senang dan aku suka, dia tak payah masak kuih yang pelik-pelik, kadang-kadang dia buat bentuk empat segi atau apa-apa diagram yang dia suka, aku lagi suka bentuk alternative janji dalam ada inti, paling aku benci karipap putar yang sangat flakie dan rangup, ugh tak suka,

antara yang sedap dan boleh bawa ketengah boleh lah try Old Chang Kee atau karipap bebudak jual kat Station LRT Masjid Jamek waktu petang (dalam kotak) amat lazat dan old skool, sekarang ni aku cuma makan karipap yang vegetarian sahaja lah, kakak dekat LRT corner tu ada bikin, "yang ni vegetarian dik, udang kering pun tak letak" ujar kak yam, bahan wajib kueh hebat ini adalah ubi kentang namun ada jugak peniaga nak jimat letak ubi keledek tapi kalau kena dengan gayanya intinya boleh tahan terangkat and the lates invention pasal karipap ni aku rasa karipap sardin yang muncul secara komersial di pertengahan era 90an,

aku merasakan yang karipap dulu dan sekarang dari segi rasanya dah berbeza, mungkin karipap di waktu 50 dan 60an rasanya lebih umph dan jujur pembuatanya, kali terakhir aku rasa karipap authentic adalah sewaktu darjah tiga, ada rombongan sekolah ke penang time tu dan kami ke Muzium Pulau Pinang, di depan nya ada gerai-gerai kecik paling aku ingat si Rosli beli Keropok Deng-Dang dan dalam nya ada hadiah "kartun beroda" pertama kali kami bebudak Titi Serong tengok secara real benda tu sebelum ni hanya tengok dan dengar suara Mat Sentul di TV, kagum dan amat lah memalukan tingkah laku kami,

namun tapi kat sebelah gerai ada seorang mamak pakai basikal menjual karipap dalam bakul besar bertutup kain, besar karipapnya dekat 6 inci, harga pun mahal 40 sen satu (time tu 40 sen dah boleh makan mee goreng), aku beli satu, dia ambik satu lalu di koyakan tengah karipap tersebut dengan garfu dan di letakan jeruk bawang merah pada koyakan tersebut dan karipap tersebut di letak atas kertas (amat lah london take-away nya), tak pernah hayat aku tengok orang jual karipap cam tu dan itulah karipap paling sedap aku pernah makan, aku cerita kat mak aku, dia cakap "kat tanjung memang jual macam tu, tapi mama tak pandai nak buat karipap tu"

sampai sekarang dah dekat 28 tahun, habis satu penang dan malaya aku tercari-cari karipap version tu tapi tak jumpa, sapa-sapa ada jumpa tolong bagi tau,

walau apa pun kueh karipap tetap menjadi pujaan hati ku


gambar di ambil/cilok dari princess haryati blogspot

Sunday, December 06, 2009

knottin' the words...

Birds are like words, suddenly away
Birds are like words, some of them will stay


-Birds, Kari Bremnes-

Friday, December 04, 2009

seni lambat...

Habis kerja, aku punch-out jam 6.16pm semalam dan terus ke Bus Stand Kelang, niat di hati nak amik bus ke Bangsar (ada acara di Valentine Willie Fine Arts)

sampai di bus stop aku bertanya pada brader master station "saya nak ke bangsar village bas no brapa, bang?" "oh amik U87, kat ujung sana tuh" ujar beliau dengan cemerlangnya, aku gembira,

aku tanya lagi pada kakak master kat hujung, "bas U87?" dia jawab "alah adik baru je lepas, tunggu jap dalam 15minit sampai lagi" aku masih gembira ada improvement dengan sistem kita, jam di tangan menunjukan 6.20pm,

lama tak lepak area nih dekat sepuluh tahun rasanya, amatlah dodgy tempat nih, rasa cam tunggu nak kena pau jer,

aku jadi geram bila dah dekat setengah jam aku tunggu bas U87 tak muncul-muncul, bila waktu mencecah 7.15pm aku rasa marah tadi kata 15 minit saja, sudah timbul rasa kecewa, dan nampak dashboard blogspot, tepat 7.30 bas U87 muncul ada sedikit lega biar pun marah, bus sampai, tutup pintu, drebar turun dan lepak sambil usik-usik awek pakai jeans Romp skinny yang jual buah potong, marahhhhh nya aku, 15 minit berlalu pintu bas di buka, aku bayar harga rm1.90 satu hala (mahal tak tepat dengan servis) dan perjalanan ke bangsar mengambil masa lagi 45 minit kerana jalan yang sesak (itu aku tak kesah, lumrah kota)

aku berjaya habis kan dua album The Mars Volta (Frances The Mute dan Octahedron) dalam proses perjalanan ini dan aku sampai depan pintu galeri Valentine Willie Fine Arts tepat jam 8.20pm tika kawan-kawan ku dah tinggi dengan Bombay Sapphire dan Martini,


konklusi: 6.20pm-8.20pm @ 2 jam, hanya untuk ke bangsar dari dayabumi, perkhidmatan bus ke bangsar amat sucks dan di hiasi harga satu hala yang membebankan rakyat, dalam erti kata lain servis yang masih amat gagal...

*sigh*



auntie yang banyak membantu memaki RapidKL


kawan-kawan yang ceria penghilang rasa marah hati


mereka yang "art"


santai setelah memikir pasal "art", walaupun
yop masih bercerita tentang painting yang menekan otak

Wednesday, December 02, 2009

dakwat jatoh...

tahun belum habis Moleskine ku dah penoh, arghh another *sigh*




tanpa tajuk...

ku kata padanya tempoh hari...

"Ku takuti ku terlalu liar untuk dimiliki..."

*sigh*

Monday, November 30, 2009

ill...

aku demam teruk, doktor kata macam Denggi, aku rasa memang Denggi, doktor amik darah, celup rasa dia kata tak ada Denggi. tapi aku rasa sakit macam Denggi, lemah, seluar longgar, makan tak lalu, enam botol 100 Plus, sakit kurang, gula naik , chisss

I need to throw myself in the mosh pit...I need the fuckin' Mosh-Pit!!

Sunday, November 22, 2009

masukkan arnab ke dalam lobang...

sabtu, pagi tadi aku terjaga dan termenung jam 6.30am, capai track bottom dan t-shirt celoreng swiss yang funky aku nak buat brisk walkin' , jogging? tak bleh badan berat nanti jem semua joint kang, aku pilih kasut New Balance aku (rasa hardcore) bila nak tunduk ikat shoelace earrrgh sonak, porut bosar, aku terus terimbau...

1979, aku diumur darjah dua dan pada kad 001 aku ter tulis jarak dari rumah ke sekolah adalah tiga rantai (maksud: jauh yang tak sampai 200 meter) biasanya aku pergi sekolah lagi lima minit kelas nak mula dan tah macam mana aku rasa nak pergi awal hari tu mungkin nak bermain dengan rakan-rakan, ada Sham Pekhun, Pakdin Dagin, E Toyol dan Zali Gulai

kat depan sekolah ada selungguk kayu api baru di hantar untuk dapur kantin dan pada potongan-potongan kayu api tersebut ada getah kering yang kalau di kumpul dan di lilit boleh jadi bola getah sebesar penumbuk (budak darjah satu la) bagai bebudak sekarang jumpa walkman kami jadi teruja, ini satu penemuan baru untuk bebudak bendang (kami tak biasa dengan pokok getah), belum masuk kelas kami dah lenjun berpeluh dan baju kotor dengan abuk kayu,

penat bermain, aku rasa dahaga, nak beli sirap abang man (anak tauke kantin) time tu sirap baru lima sen dan laksa sepinggan sepuluh sen (macam piring je seingat aku, ripp off betul lah) aku jadi cemas setelah aku sedar yang aku terlupa amik duit belanja (20 sen) mak letak atas meja setbod tadi, oleh kerana rumah dekat, aku ajak kengkawan meneman aku balik kalau nasib baik mungkin mak aku jamu ayaq, 

sesampai di rumah aku bukak kasut dan terpa masuk ke dalam dan tak sampai lima saat kawan-kawan aku dah boleh dengar mak aku membebel akan betapa belemoihnya aku "keleh tak mule lagi udah lenjun, ghope jatuh paghirt, ape yang koto bebeno baju kamu nih" aku capai duit dan terus lari ke beranda, kengkawan di bawah tengok aku sambil ketawa kecil, chiss!!

tiba-tiba aku tergamam dan menggaru kepala yang tak gatal, Sham Pekhun tanya "awat hang? jom la, lambat dah ni" aku jawab tersipu-sipu "...errrrrr, sat na" dan aku jerit ke dalam rumah "mama, nak pakey kasut!" aku boleh ingat lagi muka sekor-sekor kawan aku bila diorang tahu yang aku tak pandai ikat tali kasut, ada yang ternganga tepuk dahi dan si E Toyol melompat ketawa macam dapat mercun free, haram betul lah dan mak aku dengan penuh gaya keibuan datang,ikat tali kasut, siap lap muka aku dan sikat rambut aku depan diorang,

sepanjang perjalanan ke kelas aku jadi "lauk" diorang, "tu dia anak manja tali kasut mak ikat, ghambut pun mak dia sikat"  sindir Pakdin Dagin, "awat hang panggey mak hang, mama?, macam dalam telibishen la" tambah Zali Gulai, sepanjang kelas hari itu juga aku diam tak bercakap sampai petang

sejak hari tu aku pikir dua tiga kali nak ajak kengkwan sekolah rendah aku datang rumah dan girlfriend aku pernah tegur "nape u ikat tali kasut macam pelik jer cara nye" sumpah aku tak tipu

Friday, November 20, 2009

Nasi Lemak Dari Biara

aku turun dari train di Masjid Jamek dengan Chris Carraba berdendang tentang gadis dan kenangan di heaphone ku, menyusun tapak menuruni tangga dan menyahkan gambaran orang-ramai di sekeliling ku, tiba-tiba aku terpandang dua orang jejaka berketurunan india menjual sarapan pagi, tak pernah tengok sebelum ni, ughh ada Nasi Lemak Vegetarian, kerana teruja aku beli sebungkus, memang susah nak tengok aku membeli sarapan depan station LRT ni,

sampai ofis aku tekan water dispenser untuk air suam, buka bungkusan dan menikmati sarapan terindah untuk hari ini dengan harga RM2, walau pun sedikit pedas.

yeah, syabas untuk kedua jejaka tersebut :)



Nasi Lemak with mushroom sticks and special fried tofu